Friday, 29 May 2015

Cinta

Ketika aku mengenali dia,pelbagai perasaan yang aku rasakan.Suka,duka,kecewa dan sakit juga turut mengiringi aku sepanjang aku bersamanya.

Tapi sungguh aku baru faham ertinya cinta.Jika kita tahu menghargainya maka dengan sendirinya ia akan hadir.

Sama seperti rindu.Kadang-kadang rindu itu hadir tanpa kita pinta.Kehidupan yang bahagia serta aman sejahtera pasti kita inginkan.

Tetapi adakalanya cinta itu menyakitkan.Tak seperti novel dan tak seperti apa yang kita impikan.Terkadang aku terfikir,kenapa kita perlukan perasaan setia di dalam diri.Sebab apa tau,supaya kita tahu bahawa cinta dan setia itu amat sukar untuk disebatikan dan dipupuk di dalam diri kita.

Saturday, 23 May 2015

Hidup

Hidup ini tak semestinya sama.Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah.Adakalanya kita gembira adakalanya kita bersedih.

Kita sentiasa terfikir 'kalaula aku boleh putarkan masa kembali balik ke zaman silam,mesti aku akan buat yang terbaik.'

Tapi sekarang nak menyesal pun dah tak ada gunanya.Buat apa kita nak menangis mengenangkan masa silam yang perit dan pedih sedangkan kita masih ada masa hadapan yang lebih gembira dan menyenangkan.

Walaupun hidup ni terkadang memeritkan,tapi ingatlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya.